Monday, October 11, 2010


11/10/2010 SEBAGAI MAKLUMAN PENGUNJUNG DAN WARGA NIAGA BAZAR UPTOWN SRI GOMBAK PADA 29 OKTOBER HINGGA 7 NOVEMBER 2010 AKAN BERLANGSUNG ‘KARNIVAL GEMPAQ’ YANG AKAN DIRASMIKAN OLEH AHLI PARLIMEN GOMBAK MANAKALA MAJLIS PENUTUPAN AKAN DILAKSANAKAN OLEH DATO MENTERI BESAR SELANGOR.

‘KARNIVAL GEMPAQ’ INI AKAN DIADAKAN PADA JAM 10.00 MALAM HINGGA 3.00 PAGI DAN BERBAGAI ACARA AKAN DIADAKAN BAGI MEMERIAHKAN SUASANA KARNIVAL TERSEBUT , DENGAN ITU PARA PENGUNJUNG DIALU-ALUKAN HADIR BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN KARNIVAL INI.

Wednesday, September 1, 2010


Batu caves- Bazar Uptown Sri Gombak dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga Zon 9 dengan jayanya telah mengadakan majlis meraikan 40 orang anak-anak yatim pada 28 Ogos 2010 lalu bertempat di tapak Bazar Uptown Sri Gombak yang telah dirasmikan oleh Ketua Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang iaitu Tuan Rahim Bin Ahmad Kasdi. Semoga Ramadhan dan Aidilfitri pada tahun ini lebih bermakna kepada mereka yang kurang bernasib baik ini..amin.

Wednesday, August 18, 2010


“Ya Allah (SWT), jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

Sunday, August 15, 2010


PERHATIAN: Silarujuk lampiran untuk mengetahui perubahan tapak pada 18/19 dan 20 Ogos 2010


PENGUMUMAN~ Tarikh 16/30 Ogos 2010 dan 6 September 2010 (Hari Isnin) Bazar Uptown DIBUKA seperti biasa sebagai mengganti Penutupan Sementara Bazar disebabkan pertindihan Upacara Keagamaan oleh Persatuan Amal Yee Lan Sheng Hui pada 21/22 dan 24 Ogos 2010.Kesulitan amat kami kesali.TQ
SALAM RAMADHAN KEPADA SELURUH WARGA PENIAGA BAZAR UPTOWN SRI GOMBAK DISINI ADA SEDIKIT BERITA BAIK KEPADA PARA PENIAGA YANG INGIN MENAMBAH TAPAK. MENJELANG DUA MINGGU SEBELUM AIDILFITRI PIHAK PENGANJUR MENAWARKAN 'PAKEJ PROMOSI AIDILFITRI' KEPADA PENIAGA, DIMANA PIHAK PENGANJUR HANYA MENGENAKAN BAYARAN RM750 SAHAJA UNTUK PENAMBAHAN TAPAK (1 TAPAK) DAN KANOPI AKAN MENJADI HAK PENIAGA. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.HUBUNGI PENGANJUR UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Monday, August 9, 2010

Ramadhan 2010

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog rasmi Bazar Uptown Sri Gombak dan warga peniaga yang dikasihi. Bersempena Ramadhan ini sukacita dimaklumkan waktu operasi pejabat urusan bazar adalah seperti berikut (ISNIN HINGGA JUMAAT-9.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG) dan bagi hari Sabtu dan Ahad pejabat tidak beroperasi. Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat warga peniaga atau individu yang ingin menyewa tapak boleh terus menghubungi no telefon yang telah disertakan didalam blog ini.Dan tidak lupa juga kami seluruh warga Bazar Uptown Sri Gombak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak semoga segala urusan kita akan diberkati. Sekian terima kasih.