Friday, April 23, 2010

Sejarah Uptown Sri Gombak

Majlis Perbandaran Selayang melalui Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Peniaga Kecil telah membuka lembaran baru untuk membantu peniaga kecil dan pada masa yang sama membantu persatuan-persatuan peniaga atau pertubuhan bukan kerajaan untuk mendapatkan sumber kewangan sebagai penganjur serta memberi manfaat kepada ahlinya.

BAZAR UPTOWN SRI GOMBAK memulakan operasinya pada hari Ahad 1 Ogos 2009. Pada masa itu, cuma terdapat 292 peniaga dan sambutan yang diterima dari para pengunjung amat memberansangkan. Pihak pengurusan berusaha mengadakan pelbagai acara dan persembahan artis pada suku ke empat tahun 2009 untuk menjadikan BAZAR UPTOWN SRI GOMBAK tumpuan warga kota.


BAZAR UPTOWN SRI GOMBAK telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Yaakop Bin Sapari pada 24 Okt 2009 yang disambut dengan meriah dan mendapat liputan yang meluas dari media.

Dari tempat yang sepi dan suram pada malam hari. Kini, di BAZAR UPTOWN SRI GOMBAK terdapat 400 peniaga dengan beraneka jenis barang jualan.

No comments:

Post a Comment